N.S. P.U. 13/92 KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992
ATURAN 8 - PIHAK-PIHAK Orang yang tidak berkeupayaan
Kaedah 13. Pemberhentian prosiding.
Dalam perkara berlakunya pernikahan, kematian atau kebangkrapan mana-mana pihak-
(a) jika alasan tindakan luput mengikut Hukum Syarak, prosiding itu hendaklah terhenti kecuali seperti diperuntukkan dalam perenggan (c) kaedah ini;
(b) jika alasan tindakan berterusan mengikut Hukum Syarak, prosiding tidak akan menjadi terhenti atau menjadi cacat;
(c) dalam hal kematian selepas penamatan pembicaraan tetapi sebelum penghakiman diberi atau dimasuki, prosiding tidak akan terhenti dan penghakiman boleh diberi dan dimasuki.