N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 33 - PENGHINAAN MAHKAMAH




Kaedah 1. Notis menunjuk sebab.

(1) Jika penghinaan dilakukan di hadapan Mahkamah, Mahkamah tidak perlu memberi notis kepada pesalah itu tetapi Mahkamah hendaklah menentukan bahawa pesalah itu faham maksud kesalahan yang ditohmahkan terhadapnya dan diberi peluang untuk membela dirinya dan Mahkamah hendaklah membuat catatan yang teratur mengenai prosiding.

(2) Dalam hal kes penghinaan Mahkamah yang lain, notis menunjuk sebab mengapa pesalah tidak harus dipenjarakan atau didenda hendaklah disampaikan kepada pesalah sendiri.

(3) Tanpa menjejaskan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang melakukan satu kesalahan di bawah subkaedah (1) dan (2), apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada satu bulan atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.