N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 31 - WANG DAN HARTA DALAM MAHKAMAH




Kaedah 5. Pembayaran keluar.

(1) Sebelum membuat apa-apa pembayaran keluar dari Mahkamah, bukti hendaklah diserahkan kepada Pendaftar bahawa orang yang menerima wang itu berhak menerima wang itu.

(2) Sebelum membuat apa-apa pembayaran keluar dari Mahkamah, Pendaftar hendaklah memastikan semua wang yang kena dibayar kepada Kerajaan di bawah mana-mana Undang-undang bertulis telah dibayar atau dipotong dari wang itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.