N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 28 - PENGKOMITAN




Kaedah 6. Pelepasan orang yang dikomitkan.

(1) Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang dikomitkan ke penjara kerana apa-apa penghinaan terhadap Mahkamah, melepaskannya.

(2) Jika seseorang telah dikomitkan kerana gagal mematuhi suatu penghakiman atau perintah yang menghendakinya supaya menghantarserah apa-apa jua benda kepada seorang yang lain atau supaya mendepositkannya di dalam Mahkamah atau di tempat lain, maka, jika benda itu berada dalam jagaan atau kuasa orang yang dikomitkan itu, bailif boleh mengambil milikan benda itu seolah-olah ia adalah harta orang itu dan, tanpa menjejaskan keluasan subkaedah (1), Mahkamah boleh melepaskan orang yang dikomitkan itu dan boleh memberikan apa-apa arahan bagi menguruskan benda yang diambil oleh bailif sebagaimana yang difikirkannya patut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.