N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 3 - CARA MEMULAKAN PROSIDING MAL DI MAHKAMAH SYARIAH




Kaedah 3. Prosiding yang mesti dimulakan melalui permohonan.

Prosiding yang menurutnya suatu permohonan dikehendaki dibuat kepada Mahkamah atau Hakim Mahkamah itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis mestilah dimulakan melalui permohonan kecuali jika melalui kaedah-kaedah ini atau melalui atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis permohonan yang berkenaan itu dengan nyatanya dikehendaki atau dibenarkan dibuat mengikut suatu cara lain.

Kaedah ini tidak terpakai bagi permohonan yang dibuat dalam prosiding belum selesai.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.