N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 27 - PENTADBIR WASIAT DAN PENTADBIR HARTA PUSAKA




Kaedah 4. Penghakiman terhadap harta pusaka yang diterima kemudian.

Apabila suatu penghakiman itu perlu dilaksanakan dari harta si mati yang mungkin diterima oleh pentadbir wasiat atau pentadbir harta pusaka pada masa hadapan yang perlu ditadbirkan olehnya, perintah pelaksanaan tidak boleh dikeluarkan tanpa izin Mahkamah dan notis permohonan perintah itu hendaklah disampaikan kepada pentadbir wasiat atau pentadbir harta pusaka. Jika penyalahgunaan dikatakan berlaku semenjak tarikh hukuman itu, pelaksanaan boleh diperintahkan terhadap pentadbir wasiat atau pentadbir harta pusaka setakat penyalahgunaan dan kos itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.