N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 20 - PENGHAKIMAN DAN PERINTAH




Kaedah 7. Tarikh bila penghakiman atau perintah mula berkuatkuasa.

(1) Suatu penghakiman atau perintah Mahkamah mula berkuatkuasa dari hari yang ia ditarikhkan.

(2) Suatu penghakiman atau perintah sedemikian hendaklah ditarikhkan sama seperti pada hari yang ia diumumkan, diberikan atau dibuat, melainkan jika Mahkamah memerintahkan supaya ia ditarikhkan sama seperti suatu hari lain yang lebih awal atau lewat, dan dalam hal yang demikian ia hendaklah ditarikhkan sama seperti hari yang lain itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.