N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 6 - PENYAMPAIAN SAMAN ATAU PERMOHONAN
Penyampaian Dokumen-Dokumen Lain




Kaedah 12. Penyampaian dokumen-dokumen yang tidak dikehendaki disampaikan ke diri.

(1) Penyampaian apa-apa dokumen, yang bukan dokumen yang menurut kuasa mana-mana peruntukan kaedah-kaedah ini dikehendaki disampaikan ke diri, bolehlah dilaksanakan-
(2) Bagi maksud-maksud kaedah ini, dan seksyen 3 Akta Tafsiran 1967, dalam pemakaiannya bagi kaedah ini, alamat wajar mana-mana orang yang kepadanya dokumen hendak disampaikan mengikut kaedah ini adalah alamat untuk penyampaian bagi orang itu, tetapi jika pada masa penyampaian itu dilaksanakan orang itu tidak mempunyai alamat untuk penyampaian, maka alamatnya yang wajar bagi maksud-maksud yang disebut terdahulu adalah-
(3) Tiada apa-apa jua dalam kaedah ini boleh dikira sebagai menghalang penyampaian ke diri apa-apa dokumen atau sebagai menjejaskan mana-mana undang-undang bertulis yang memperuntukkan cara bagaimana dokumen-dokumen boleh disampaikan kepada pertubuhan-pertubuhan perbadanan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.