N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 36 - PERUNTUKAN AM




Kaedah 6. Memberi jaminan.

(1) Jaminan hendaklah diberi dengan mendepositkan wang atau melalui bon. Jumlahnya hendaklah ditetapkan oleh Mahkamah atau Pendaftar. Perbelanjaan mengenai jaminan hendaklah ditanggung oleh orang yang memberi jaminan itu. Satu akujanji bertulis oleh seorang Peguam Syarie boleh diterima sebagai ganti jaminan lain.

(2) Apabila jaminan itu diberi dengan mendepositkan wang, wang itu tidak boleh dibayar keluar tanpa perintah Mahkamah.

(3) Apabila jaminan itu diberi melalui bon dua orang penjamin adalah diperlukan kecuali Mahkamah memerintahkan sebaliknya, dan pihak yang satu lagi itu hendaklah diberi peluang untuk membantah akan dua orang penjamin itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.