N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 21 - PENGUATKUASAAN PENGHAKIMAN DAN PERINTAH




Kaedah 8. Penghakiman bersyarat: Penepian.

Sesuatu pihak, yang herhak di bawah mana-mana penghakiman atau perintah kepada apa-apa relif tertakluk kepada pemenuhan apa-apa syarat, yang gagal memenuhi syarat itu adalah disifatkan telah meninggalkan faedah penghakiman atau perintah itu, dan, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Mahkamah, mana-mana orang lain yang berkepentingan boleh mengambil apa-apa prosiding sama ada yang dibenarkan oleh penghakiman atau perintah itu atau yang mungkin diambil jika penghakiman atau perintah itu telah tidak diberikan atau dibuat.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.