N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 15 - PENZAHIRAN DAN PEMERIKSAAN DOKUMEN




Kaedah 7. Pengemukaan diperintahkan hanya jika perlu, dsb.

(1) Tiada perintah bagi pengemukaan apa-apa dokumen untuk pemeriksaan atau apa-apa dokumen kepada Mahkamah boleh dibuat di bawah mana-mana kaedah yang tersebut di atas melainkan jika Mahkamah berpendapat bahawa perintah itu adalah perlu sama ada untuk membereskan secara adil kausa atau perkara itu atau untuk menjimatkan kos.

(2) Jika, atas permohonan di bawah Aturan ini bagi pengemukaan apa-apa dokumen untuk pemeriksaan atau apa-apa dokumen kepada Mahkamah, perlindungan daripada pengemukaan itu dituntut atau bantahan dibuat terhadap pengemukaan itu atas apa-apa jua alasan lain, maka Mahkamah boleh memeriksa dokumen itu bagi maksud memutuskan sama ada tuntutan atau bantahan itu adalah sah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.