N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 22 - PELAKSANAAN




Kaedah 2. Kewajipan mematuhi.

(1) Tiap-tiap orang yang diarahkan oleh mana-mana penghakiman untuk melakukan apa-apa tindakan hendaklah mematuhinya tanpa desakan, dan adalah tidak perlu untuk menyampaikan kepadanya hukuman itu atau apa-apa notis mengenainya kecuali seperti diperuntukkan oleh Aturan 20 kaedah 6(3) dan Aturan 21 kaedah 6.

(2) Penghutang penghakiman hendaklah dari semasa ke semasa memberitahu kepada Mahkamah alamat tempat tinggalnya yang terakhir.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.