N.S. P.U. 13/92 KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992
Borang 27.
BORANG 27
(Aturan 21 kaedah 6 (4))
INDORSMEN MENGENAI PENGHAKIMAN TERTENTU
Pengindorsan hendaklah dalam perkataan-perkataan yang berikut atau perkataan-perkataan yang bermaksud seperti berikut:
(a) Dalam hal penghakiman atau perintah yang menghendaki seseorang atau sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan sesuatu perbuatan dalam masa yang tertentu-
"Jika kamu............................................................( atau..........................................)yang
dinamakan di dalam ini, abai mematuhi penghakiman (atau perintah) ini pada atau sebelum masa yang dihadkan di dalamnya, kamu boleh dikenakan proses pelaksanaan bagi maksud memaksakamu mematuhinya."
(b) Dalam hal penghakiman atau perintah yang menghendaki seseorang supaya menahan diri daripada melakukan sesuatu perbuatan-
"Jika kamu,....................................................................... yang dinamakan di dalam ini, mengingkari penghakiman (atau perintah) ini, kamu boleh dikenakan proses pelaksanaan bagi maksud memaksa kamu mematuhinya."
(c) Dalam hal penghakiman atau perintah yang menghendaki sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan atau menahan diri daripada melakukan perbuatan itu, tetapi adalah bertujuan untuk mengambil prosiding penguatkuasaan terhadap pengarah atau pegawai lain dalam pertubuhan perbadanan itu-
"Jika.............................................................................abai mematuhi penghakiman (atau perintah) ini pada atau sebelum masa yang dihadkan di dalamnya (atau dalam hal suatu perintah untuk menahan diri daripada melakukan sesuatu perbuatan, jika...................................................................... mengingkari penghakiman (atau perintah) ini, kamu (seorang pengarah atau pegawai dalam.................................................... tersebut) boleh dikenakan proses pelaksanaan bagi maksud memaksa yang tersebut itu mematuhinya. "