N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 5 - PERMOHONAN




Kaedah 1. Bentuk.

(1) Kecuali seperti yang diperuntukkan selepas ini, tiap-tiap permohonan hendaklah dibuat dengan secara notis dan disokong dengan afidavit dalam Borang 3.

(2) Pihak yang mengambil permohonan hendaklah diperihalkan sebagai plaintif dan pihak-pihak yang lain hendaklah diperihalkan sebagai defendan.

(3) Jika permohonan itu ialah mengenai prosiding yang masih berjalan ia hendaklah mengandungi tajuk prosiding itu.

(4) Jika permohonan itu bukan mengenai prosiding yang masih berjalan ia hendaklah mengandungi tajuk yang bersesuaian.

(5) Permohonan itu hendalah menyatakan dengan sepenuhnya jenis perintah, penentuan atau arahan yang dipohon dan, mengandungi fakta yang mencukupi untuk menyokong permohonan itu dengan memberikan butir-butir yang cukup untuk mengenalpasti kausa atau kausa-kausa tindakan atau perkara yang berkenaan dengannya plaintif menuntut perintah, penentuan atau arahan itu.

Permohonan itu hendaklah disampaikan kepada semua pihak dan orang yang berkepentingan didalamnya kecuali Mahkamah memerintahkan sebaliknya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.