N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 24 - PERINTAH INTERIM MENGENAI HARTA.




Kaedah 1. Penahanan pemeliharaan, dsb., hal-perkara kausa atau perkara.

(1) Atas permohonan mana-mana pihak dalam sesuatu kausa atau perkara Mahkamah boleh membuat suatu perintah bagi penahanan, penjagaan atau pemeliharaan mana-mana harta yang menjadi hal-perkara kausa atau perkara itu, atau yang tentangnya apa-apa soalan mungkin berbangkit di dalamnya, atau bagi pemeriksaan mana-mana harta tersebut dalam milikan suatu pihak dalam kausa atau perkara itu.

(2) Bagi maksud membolehkan apa-apa perintah di bawah subkaedah (1) dilaksanakan, Mahkamah boleh melalui perintah itu memberikuasa mana-mana orang untuk memasuki mana-mana harta tak alih dalam milikan mana-mana pihak dalam kausa atau perkara itu.

(3) Jika hak mana-mana pihak kepada sesuatu kumpulan wang tertentu adalah dipertikaikan dalam suatu kausa atau perkara, maka Mahkamah boleh, atas permohonan suatu pihak dalam kausa atau perkara itu, memerintahkan supaya wang dalam kumpulan wang itu dibayar ke dalam Mahkamah atau selainnya diperdapatkan.

(4) Sesuatu perintah di bawah kaedah ini boleh dibuat atas apa-apa terma, jika ada, sebagaimana yang difikirkan adil oleh Mahkamah.

(5) Sesuatu permohonan minta perintah di bawah kaedah ini mestilah dibuat melalui notis.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.