N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 24 - PERINTAH INTERIM MENGENAI HARTA.




Kaedah 6. Mendapatkan kembali harta alih yang tertakluk kepada lien, dsb.

Jika plaintif, atau defendan melalui tuntutan balas, menuntut mendapat kembali harta alih yang tertentu dan pihak yang daripadanya harta itu hendak didapatkan kembali tidak mempertikaikan hakmilik pihak yang membuat tuntutan itu tetapi menuntut berhak memegang-simpan harta itu menurut kuasa suatu lien atau selainnya sebagai jaminan bagi apa-apa jumlah wang, maka Mahkamah, pada bila-bila masa selepas tuntutan sebagai berhak sedemikian ternyata daripada pliding (jika ada) atau melalui afidavit atau selainnya hingga memuaskan hatinya, baleh memerintahkan bahawa pihak yang hendak mendapatkan kembali harta itu bebas membayar ke dalam Mahkamah, sebagai mematuhi keputusan tindakan itu, amaun wang yang berkenaan dengannya jaminan dituntut dan apa-apa jumlah wang selanjutnya (jika ada) dan kos sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah dan bahawa setelah pembayaran tersebut dibuat, harta yang dituntut itu diserahkan kepada pihak yang menuntutnya, tetapi tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta Kawalan Pertukaran 1953.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.