N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 17 - AFIDAVIT




Kaedah 9. Soal-balas.

(I) Mana-mana pihak yang ingin mempertikaikan kebenaran fakta yang terdapat di dalam afidavit boleh menyampaikan kepada pihak yang memfailkan satu notis, akan hasratnya untuk menyoal balas orang yang membuat afidavit dan seterusnya jika orang itu tidak dikemukakan untuk disoal balas, Mahkamah hendaklah, melainkan di dalam keadaan khas, menolak atau mengenepikan afidavit itu.

(2) Mahkamah boleh atas usulnya sendiri menghendaki kehadiran mana-mana orang yang membuat afidavit dan, jika ia gagal hadir, Mahkamah boleh menolak atau mengenepikan afidavit itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.