N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 6 - PENYAMPAIAN SAMAN ATAU PERMOHONAN
Penyampaian Ganti




Kaedah 15. Penyampaian ganti.

(1) Apabila Mahkamah berpuashati bahawa sesuatu pihak yang tidak memberi alamat untuk penyampaian, adalah pada tarikh saman, permohonan atau mana-mana dokumen lain hendak disampaikan, berada di dalam Negeri dan ada sebab bagi mempercayai bahawa orang itu sentiasa mengelakkan diri dari penyampaian disempurnakan ke atasnya, atau atas apa-apa alasan yang mencukupi bahawa saman, permohonan atau dokumen lain itu tidak boleh disampaikan secara biasa, Mahkamah boleh memerintahkan saman, permohonan atau dokumen itu disampaikan dengan cara menampalkan salinannya di tempat-tempat yang boleh menarik perhatian di bangunan Mahkamah dan juga di bangunan di mana orang itu dipercayai pernah tinggal atau dengan secara yang lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(2) Mahkamah juga boleh dalam mana-mana kes yang tergulung di dalam subkaedah (1) membuat perintah supaya penyampaian dibuat secara iklan dalam akhbar tempatan atau akhbar-akhbar seperti mana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(3) Sesuatu permohonan minta perintah untuk penyampaian ganti mestilah dibuat melalui notis yang disokong dengan afidavit dalam Borang 7 dengan menyatakan fakta-fakta yang berasaskan kepadanya permohonan itu dibuat.

(4) Penyampaian ganti sesuatu dokumen, yang berhubungan dengannya suatu perintah dibuat di bawah kaedah ini, adalah dilaksanakan dengan mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah untuk membawa dokumen itu kepada pengetahuan orang yang kepadanya dokumen itu hendak disampaikan.

(5) Penyampaian ganti hendaklah mempunyai kesan yang sarna seperti penyampaian pada diri orang itu sendiri.

(6) Di dalam kes penyampaian ganti ini, Mahkamah apabila perlu, hendaklah menetapkan masa bagi pihak kena serah itu untuk hadir dalam Mahkamah.

(7) Perintah untuk penyampaian ganti tidak boleh dibuat berkenaan dengan-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.