N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 25 - PROSIDING BANTAHAN.




Kaedah 4. Pelepasan harta.

(1) Jika pemiutang pelaksanaan tidak, dalam tempoh 3 hari selepas disampaikan kepadanya bantahan itu, meminta bailif melepaskan harta itu, ia adalah disifatkan mempertikaikan bantahan itu.

(2) Jika pemiutang pelaksanaan tidak mempertikaikan bantahan itu ia tidak boleh dalam ketiadaan hal-hal istimewa, dikenakan membayar gantirugi tetapi ia hendaklah bertanggungjawab membayar kepada pembantah, perbelanjaan dan kos yang munasabah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.