N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 6 - PENYAMPAIAN SAMAN ATAU PERMOHONAN




Kaedah 1. Peruntukan-peruntukan am.

(1) Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang bertulis dan Kaedah-kaedah ini, sesuatu saman atau permohonan mestilah disampaikan ke diri setiap defendan.

(2) Jika sesuatu saman atau permohonan tidak disampaikan dengan sempurnanya kepada defendan tetapi dia hadir di Mahkamah pada hari kembalian dan tidak membantah terhadap pendengaran permohonan atau saman itu, maka saman atau permohonan itu hendaklah disifatkan telah disampaikan dengan sempurnanya kepada defendan itu dan juga telah disampaikan sedemikian pada tarikh dia hadir di Mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.