N.S. P.U. 13/92 KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992
ATURAN 36 - PERUNTUKAN AM
Kaedah 3. Salinan diperakukan dan dokumen hilang.
(1) Pendaftar boleh, dengan alasan-alasan yang munasabah membekalkan mana-mana orang dengan apa-apa salinan dokumen yang diperakukan dan dengan izin Mahkamah dengan apa-apa salinan nota keterangan yang diperakui.
(2) Mahkamah boleh, jika dibuktikan kehilangan mana-mana dokumen yang dikeluarkan oleh Mahkamah, memerintah dibekalkan salinannya mengikut syarat-syarat yang difikirkan patut.