N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 20 - PENGHAKIMAN DAN PERINTAH




Kaedah 10. Penyediaan penghakiman atau perintah.

(1) Jika pihak yang penghakiman atau perintah diberi atau dibuat dengan memihak kepadanya diwakili oleh Peguam Syarie, maka suatu salinan drafnya hendaklah dikemukakan kepada Peguam Syarie (jika ada) pihak yang satu lagi untuk kelulusan dan peguam itu hendaklah dalam masa 2 hari selepas menerimanya, atau dalam apa-apa masa lanjut sebagaimana yang dibenarkan dalam apa-apa hal oleh Pendaftar, mengembalikan salinan itu dengan tandatangan persetujuannya atau dengan apa-apa pindaan yang dikehendaki kepada draf itu.

(2) Jika Peguam Syarie itu tidak mengembalikan salinan draf itu dalam masa yang ditetapkan, maka dia hendaklah disifatkan telah bersetuju dengan terma-terma draf itu.

(3) Dalam apa-apa hal jika Peguam Syarie berkenaan tidak dapat bersetuju atas draf itu, maka salah seorang daripada mereka boleh mendapatkan suatu janji-temu di hadapan Pendaftar, yang mengenainya notis hendaklah diberikan kepada pihak yang satu lagi, untuk menyelesaikan terma-terma penghakiman atau perintah itu.

(4) Tiap-tiap penghakiman atau perintah hendaklah diselesaikan oleh Pendaftar, tetapi dalam hal penghakiman atau perintah yang dibuat oleh seorang Hakim, mana-mana pihak boleh menghendaki supaya perkara yang dipertikaian itu dirujukkan kepada Hakim itu untuk penentuannya.

(5) Jika pihak yang satu lagi itu tidak mempunyai Peguam Syarie maka draf itu hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.