N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 21 - PENGUATKUASAAN PENGHAKIMAN DAN PERINTAH




Kaedah 7. Pelaksanaan oleh atau terhadap orang yang bukan pihak.

(1) Mana-mana orang, yang bukan suatu pihak dalam sesuatu kausa atau perkara, yang mendapat apa-apa perintah atau yang bagi faedahnya apa-apa perintah dibuat, adalah berhak menguatkuasakan pematuhan kepada perintah itu melalui proses yang sarna seolah-olah dia adalah suatu pihak.

(2) Mana-mana orang, yang bukan suatu pihak dalam sesuatu kausa atau perkara, yang terhadapnya pematuhan kepada mana-mana penghakiman atau perintah boleh dikuatkuasakan, boleh dikenakan proses yang sama bagi menguatkuasakan pematuhan kepada penghakiman atau perintah itu seolah-olah dia adalah suatu pihak.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.