N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 19 - PERBICARAAN




Kaedah 1. Perbicaraan dalam mahkamah.

(1) Tertakluk kepada peruntukan undang-undang bertulis lain semua perbicaraan selain dari yang di hadapan Pendaftar hendaklah dibicara dan diputuskan dalam Mahkamah terbuka.

(2) Mahkamah boleh atas usulnya sendiri atau atas permohonan suatu pihak dalam mana-mana kausa atau perkara, menetapkan, mengosongkan atau mengubahkan perbicaraan kausa atau perkara itu setelah memberi perhatian wajar kepada keduluan prosiding lain.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.