N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992




Borang 26.
BORANG 26

(Aturan 21 kaedah 3 (5))

PERINTAH PENGHANTARSERAHAN

(Tajuk Am)


Kepada Bailif,

Kamu adalah dengan ini diperintahkan bahawa, tanpa kelengahan, kamu hendaklah menyita dan menghantarserahkan kepada (nama plaintif) yang dinamakan di atas harta alih yang berikut, iaitu (perihalkan harta yang penghantarserahannya telah dihakimi atau diperintahkan (dan ganti rugi $.................................serta kos $....................................) yang (nama plaintif) tersebut baru-baru ini telah di dalam Mahkamah mendapatkannya daripada (nama defendan) tersebut melalui suatu penghakiman atau perintah atau sebagaimana yang berkenaan) bertarikh..........haribulan.........19......... (Dan kamu adalah selanjutnya diperintahkan bahawa jika harta alih tersebut tidak dapat dijumpai kamu hendaklah menyebabkan dilevikan dan dibuat terhadap harta alih yang boleh kena disita di bawah perintah penyitaan dan penjualan Mahkamah yang hendaklah dikenalpastikan oleh atau bagi pihak (nama plaintif) sebagai dipunyai oleh (nama defendan) dengan cara penyitaan dan jika perlu dengan cara penjualannya sebanyak $............................ yang merupakan nilai yang ditafsirkan bagi harta tersebut atau (sebagaimana yang berkenaan)berserta dengan kos kemudiannya yang terjumlah kepada $.......................................... dan kos bagi perintah ini dan kos bagi melaksanakannya; dan, selepas membayar fee-fee yang ditetapkan dan perbelanjaan pelaksanaan, hendaklah membawa ke dalam Mahkamah apa yang kamu telah levikan sedemikian dan membuat penyata tentang apa yang kamu telah lakukan di bawah perintah ini sebaik sahaja selepas pelaksanaannya.


Bertarikh pada......................haribulan........................19.........

(METERAI)

Catatan No..........tahun 19.........

Kerani.

............................................
Pendaftar

Memorandum perintah (seperti dalam Borang 24)
Pengindorsan pada perintah (seperti dalam Borang 24 sebagaimana yang dikehendaki) .





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.