N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 22 - PELAKSANAAN
Tugas-tugas Bailif




Kaedah 18. Notis penyitaan dan inventori.

(1) Jika apa-apa harta alih disita oleh bailif di bawah suatu perintah pelaksanaan maka dia mestilah memberi kepada penghutang penghakiman suatu notis penyitaan dalam Borang 33 dan suatu salinan notis itu mestilah difailkan.

(2) Jika bailif mengalihkan apa-apa harta alih yang disita dari sesuatu tempat, dia mestilah memberi kepada penghutang penghakiman pada masa harta itu dialihkan atau sebaik sahaja selepas itu suatu inventori tentang harta yang dialihkan sedemikian. Kaedah ini hendaklah juga terpakai walaupun harta alih yang disita itu tidak dialihkan.

(3) Notis penyitaan di bawah subkaedah (1) dan notis pengalihan dan inventori di bawah subkaedah (2) bolehlah:





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.