N.S. P.U. 13/92 KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992
ATURAN 35 - PEJABAT PENDAFTARAN
Kaedah 2. Buku-buku yang kena di simpan di Pejabat pendaftaran.
Pendaftar hendaklah menyebabkan disimpan dalam Borang 45 hingga 51 yang berikut:
(a) Buku Kausa dalam Borang 45;
(b) Buku Permohonan dalam Borang 46;
(c) Buku Saman Interplider dalam Borang 47;
(d) Buku Penghakiman dalam Borang 48;
(e) Buku Perintah Pelaksanaan dalam Borang 49;
(f) Buku Penyampaian dalam Borang 50;
(g) Daftar Rayuan dalam Borang 51; dan
(h) apa-apa buku akaun dan buku-buku lain sebagaimana yang ditetapkan atau dikehendaki disimpan oleh kaedah-kaedah ini dan apa-apa buku lain sebagaimana yang didapati perlu dari semasa ke semasa.