N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 29 - KUASA HAKIM DAN PENDAFTAR




Kaedah 3. Rujukan dan ubah perintah.

(1) Pendaftar baleh mengikut budibicaranya merujuk kepada Hakim untuk keputusannya apa-apa hal yang disampaikan kepadanya untuk keputusan sama ada di bawah Aturan ini atau selainnya.

(2) Apa-apa perintah atau keputusan yang dibuat oleh Pendaftar sama ada di bawah Aturan ini atau selainnya boleh diketepikan atau diubah oleh Hakim sama ada atas usulnya sendiri atau menurut permohanan mana-mana orang yang terlibat sedemikian, dan Hakim boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut:

Dengan syarat bahawa kecuali untuk sebab yang istimewa, Hakim tidaklah boleh menimbangkan mana-mana permohonan tersebut kecuali jikalau dibuat dalam tempoh 7 hari selepas pemohon menyedari akan perintah atau keputusan yang dirujukkan itu:

Dengan syarat selanjutnya bahawa permohonan sedemikian tidaklah berkuasa menangguh apa-apa prosiding yang berkaitan dengan perintah atau keputusan itu, dan bahawa tiada perintah yang dibuat oleh Hakim yang mengakaskan perintah itu boleh membatalkan apa-apa tindakan yang telah dibuat dengan sahnya di bawah perintah terdahulu kecuali Hakim memerintah sebaliknya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.