N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 21 - PENGUATKUASAAN PENGHAKIMAN DAN PERINTAH




Kaedah 6. Penyampaian salinan penghakiman, dsb., prasyarat kepada penguatkuasaan di bawah kaedah 4.

(1) Dalam kaedah ini sebutan-sebutan mengenai sesuatu perintah hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan-sebutan mengenai sesuatu penghakiman.

(2) Sesuatu perintah tidaklah boleh dikuatkuasakan di bawah kaedah 4 melainkan jika-
(3) Suatu perintah yang menghendaki sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu perbuatan tidaklah boleh dikuatkuasakan sebagaimana yang tersebut dalam kaedah 4(1) (ii) melainkan jika-
(4) Maka mestilah diindorskan pada salinan sesuatu perintah yang disampaikan di bawah kaedah ini suatu notis dalam Borang 27 yang memberitahu orang yang kepadanya salinan itu disampaikan:
(5) Bersama salinan suatu perintah yang dikehendaki disampaikan di bawah kaedah ini yang merupakan suatu perintah menghendaki seseorang melakukan sesuatu perbuatan, mestilah juga disampaikan suatu salinan mana-mana perintah yang dibuat yang melanjutkan atau memendekkan masa bagi melakukan perbuatan itu dan, jika perintah yang disebut mula-mula itu telah dibuat di bawah kaedah 4(3) atau 5 Aturan ini, suatu salinan perintah terdahulu yang menghendaki perbuatan itu dilakukan.

(6) Sesuatu perintah yang menghendaki seseorang menahan diri daripada melakukan sesuatu perbuatan bolehlah dikuatkuasakan di bawah kaedah 4 walaupun penyampaian salinan perintah itu telah tidak dilaksanakan mengikut kaedah ini jika Mahkamah berpuas hati bahawa, sementara menanti penyampaian sedemikian, orang yang terhadapnya atau yang terhadap hartanya perintah itu hendak dikuatkuasakan telah mendapat tahu mengenainya sama ada-
(7) Tanpa menjejaskan kuasa-kuasanya di bawah Aturan 6, Mahkamah boleh mengecualikan penyampaian salinan sesuatu perintah di bawah kaedah ini jika difikirkannya adil berbuat demikian.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.