N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 21 - PENGUATKUASAAN PENGHAKIMAN DAN PERINTAH




Kaedah 1. Penguatkuasaan penghakiman dsb. bagi pembayaran wang.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan kaedah-kaedah ini, sesuatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang, yang bukan suatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang ke dalam Mahkamah, bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada cara-cara yang berikut, iaitu-
(2) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan kaedah-kaedah ini, sesuatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang ke dalam Mahkamah boleh dikuatkuasakan, dalam hal di mana kaedah 4 terpakai, melalui suatu perintah pengkomitan.

(3) Subkaedah (1) dan (2) adalah tanpa menjejaskan apa-apa remedi lain yang terdapat bagi menguatkuasakan sesuatu penghakiman atau perintah sedemikian sebagaimana yang tersebut di dalamnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.