N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 22 - PELAKSANAAN
Deposit bagi Pelaksanaan




Kaedah 13. Deposit perbelanjaan.

(1) Bailif tidaklah diwajibkan mengambil apa-apa tindakan di bawah suatu perintah pelaksanaan sehingga pemiutang penghakiman mendepositkan sejumlah wang yang mencukupi untuk membayar apa-apa perbelanjaan pelaksanaan termasuk perbelanjaan menyimpan apa-apa harta alih selama tempoh tidak lebih daripada 14 hari. Jika bailif terpaksa menyimpan harta alih itu lebih dari 14 hari, ia boleh mengarahkan supaya deposit tambahan dibayar dan jika deposit itu tidak dibayar, ia boleh melepaskan harta alih itu.

(2) Bailif hendaklah menyimpan akaun semua wang yang dideposit dan boleh membayar apa-apa jumlah yang mesti dibayar kepada pemiutang penghakiman atau kepada Mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.