N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 24 - PERINTAH INTERIM MENGENAI HARTA.




Kaedah 4. Kuasa memerintahkan diambil sampel, dsb.

(1) Jika difikirkannya perlu atau suaimanfaat bagi maksud mendapatkan maklumat atau keterangan penuh dalam mana-mana kausa atau perkara, Mahkamah boleh, atas permohonan suatu pihak dalam kausa atau perkara itu, dan atas apa-apa terma, jika ada, sebagaimana yang difikirkannya adil, melalui perintah membenarkan atau menghendaki apa-apa sampel diambil mengenai apa-apa harta yang menjadi hal-perkara kausa atau perkara itu atau tentangnya apa-apa soalan mungkin berbangkit di dalamnya, apa-apa pemerhatian dibuat ke atas harta tersebut atau apa-apa ujikaji dicuba ke atas atau dengan harta tersebut.

(2) Bagi maksud membolehkan apa-apa perintah di bawah subkaedah (1) dilaksanakan Mahkamah boleh melalui perintah itu memberikuasa mana-mana orang untuk memasuki mana-mana harta tak alih dalam milikan mana-mana pihak dalam kausa atau perkara itu.

(3) Kaedah 1 (5) hendaklah terpakai berhubungan dengan sesuatu permohonan minta perintah di bawah kaedah ini sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan sesuatu permohonan minta perintah di bawah kaedah itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.