N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992




Borang 7.
BORANG 7

(Aturan 6 kaedah 15 (3) )

AFIDAVIT MENGENAI PERMOHONAN UNTUK PENYAMPAIAN GANTI

(Tajuk Am)


Saya, (nama, alamat dan perihalan deponen) bersumpah (atau berikrar) dan menyatakan seperti berikut:

I. Setelah diarahkan supaya menyampaikan kepada defendan yang dinamakan di atas suatu salinan

saman atau permohonan dalam tindakan ini yang ternyata kepada saya telah kerap kali dikeluarkan

dari dan di bawah meterai Mahkamah oleh plaintif yang dinamakan di atas terhadap defendan yang

dinamakan di atas, dan bertarikh........haribulan....19........saya telah pada.......haribulan.....19.....,

bersama-sama dengan plaintif (atau wakil plaintif...........................................) hadir bagi

maksud menyampaikan suatu salinan saman atau permohonan tersebut di................................

2. (Perihalkan usaha-usaha untuk melaksanakan penyampaian).

3. .................................................................................................................

4. Saya telah melakukan segala usaha yang munasabah dan menggunakan segala cara yang wajar dalam kuasa saya untuk menyampaikan saman atau permohonan tersebut, tetapi saya tidak dapat juga berbuat demikian. Diangkat sumpah (atau diikrarkan) (seperti dalam Borang 18).

NOTA-Afidavit sepatutnya juga menyebutkan cara penyampaian ganti yang diminta, dan nyatakan bahawa jika penyampaian sedemikian diperintahkan ia akan barangkalinya berkesan untuk membawa saman atau permohonan itu kepada pengetahuan defendan. Jika defendan mengelakkan penyampaian, maka afidavit itu patutlah menyatakan sedemikian.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.