N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 17 - AFIDAVIT




Kaedah 2. Bentuk.

(1) Sesuatu afidavit hendaklah berbentuk seperti dalam Borang 18.

(2) Tiap-tiap afidavit yang diangkat sumpah dalam sesuatu kausa atau perkara mestilah diberi tajuk mengikut kausa atau perkara itu.

(3) Jika sesuatu kausa atau perkara diberi tajuk mengikut lebih daripada satu perkara, maka memadailah menyatakan perkara yang pertama diikuti dengan perkataan-perkataan "dan perkara-perkara lain", dan jika sesuatu kausa atau perkara diberi tajuk mengikut sesuatu perkara atau perkara-perkara dan di antara pihak dengan pihak, maka bahagian tajuk itu yang mengandungi perkara atau perkara-perkara itu bolehlah ditinggalkan.

(4) Jika terdapat lebih daripada seorang plantif, maka memadailah menyatakan nama penuh plaintif yang pertama diikuti dengan perkataan-perkataan "dan lain-lain", dan begitulah juga mengenai defendan-defendan.

(5) Tiap-tiap afidavit mestilah dinyatakan mengikut ganti nama orang pertama dan mestilah menyatakan tempat kediaman deponen dan pekerjaannya atau, jika dia tidak mempunyai tempat kediaman atau pekerjaan, perihalan dirinya, dan jika dia menjadi, atau diambil kerja oleh, suatu pihak dalam kausa atau perkara yang mengenainya afidavit itu diangkat sumpah, afidavit itu mestilah menyatakan fakta tersebut

(6) Tiap-tiap afidavit mestilah dibahagikan kepada perenggan-perenggan yang dinomborkan berturutan, dengan setiap perenggannya, setakat yang boleh, terbatas kepada bahagian berlainan bagi perkara itu.

(7) Tarikh, kira-kira dan nombor-nombor lain mestilah dinyatakan dalam afidavit dengan menggunakan angka dan bukannya perkataan.

(8) Tiap-tiap afidavit mestilah ditandatangani oleh deponen dan ditandatangani oleh orang yang di hadapannya afidavit itu diangkat sumpah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.