N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 31 - WANG DAN HARTA DALAM MAHKAMAH




Kaedah 10. Kumpulan wang tidak dituntut.

(1) Kumpulanwang dan wang di dalam Mahkamah yang tidak dituntut selepas 15 tahun hendaklah, kecuali jika Mahkamah mendapat notis mengenai mana-mana tuntutan terhadapnya oleh seorang yang belum dewasa atau seorang yang tidak siuman, menjadi harta Baitulmal dan hendaklah seterusnya dibayar kepada Baitulmal.

(2) Jika ada apa-apa tuntutan dibuat terhadap kumpulanwang atau wang ini selepas dari itu Mahkamah boleh menggunakan budibicaranya memerintahkan dibayar jumlah tuntutan itu ataupun nilainya kepada orang yang membuat tuntutan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.