N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 8 - PIHAK-PIHAK
Orang yang tidak berkeupayaan




Kaedah 11. Plaintif belum dewasa mencapai dewasa.

(1) Plaintif yang belum dewasa apabila menjadi dewasa semasa prosiding belum selesai boleh sama ada menarik balik tindakan sebelum mengambil apa-apa langkah di dalam perkara itu atau meneruskan prosiding itu.

(2) Kebenaran Mahkamah tidak diperlukan untuk menarik balik tindakan itu tetapi peruntukan Aturan 13 hendaklah dipakai mengenai perkara itu.

(3) Jika plaintif menarik balik tuntutannya dia sendiri tidaklah akan bertanggungjawab membayar kos melainkan Mahkamah membuat perintah sebaliknya.

(4) Jika plaintif adalah lebih dari seorang, plaintif yang belum dewasa itu tidak boleh menarik balik tuntutannya tanpa kebenaran Mahkamah tetapi boleh memohon dari Mahkamah untuk mengeluarkan namanya atau jika dia adalah pihak yang perlu di dalam prosiding memotong namanya sebagai plaintif dan dijadikannya defendan mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Mahkamah.

(5) Jika tindakan itu diteruskan plaintif hendaklah memohon untuk meminda tajuk tindakan itu dan Mahkamah bolehlah memindanya dan melepaskan penjaga ad litemnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.