N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 15 - PENZAHIRAN DAN PEMERIKSAAN DOKUMEN




Kaedah 6. Perintah untuk mengemukakan dokumen kepada Mahkamah.

Pada mana-mana peringkat prosiding dalam apa-apa kausa atau perkara Mahkamah boleh, tertakluk kepada kaedah 7 (1), memerintahkan mana-mana pihak supaya mengemukakan kepada Mahkamah apa-apa dokumen dalam milikan, jagaan atau kuasanya yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang berkenaan dalam kausa atau perkara itu dan Mahkamah boleh menguruskan dokumen itu apabila dikemukakan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkannya patut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.