N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 4 - SAMAN




Kaedah 5. Jangka masa dan pembaharuan saman.

(1) Bagi maksud penyampaian, saman adalah sah pada mula-mulanya selama 12 bulan bermula dari tarikh pengeluarannya.

(2) Jika sesuatu saman belum lagi disampaikan kepada defendan, maka Mahkamah boleh melalui perintah melanjutkan keesahan saman itu dari semasa ke semasa bagi apa-apa tempoh, tidak melebihi 12 bulan pada mana-mana satu ketika, yang bermula dari hari yang berikutan selepas hari yang saman itu akan kalau tidak kerana lanjutan itu tamat, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, jika permohonan minta lanjutan dibuat kepada Mahkamah sebelum hari tersebut atau suatu hari kemudian kelak (jika ada) sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah.

(3) Mahkamah tidak akan memberi lanjutan masa tersebut kecuali usaha-usaha yang munasabah telah dibuktikan dibuat untuk menyampaikan saman itu, atau kerana sebab-sebab lain yang dianggap munasabah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.