N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 28 - PENGKOMITAN




Kaedah 3. Permohonan minta perintah selepas kebenaran untuk membuat permohonan diluluskan.

(1) Apabila kebenaran telah diberikan di bawah kaedah 2 untuk memohon suatu perintah pengkomitan, permohonan minta perintah itu mestilah dibuat melalui notis dalam Borang 41 dan, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Mahkamah yang meluluskan kebenaran itu, mestilah ada sekurang-kurangnya 7 hari genap di antara penyampaian notis itu dengan hari yang ditetapkan di dalamnya bagi pendengaran.

(2) Melainkan jika notis itu dikeluarkan dalam masa 14 hari selepas kebenaran sedemikian telah diberikan, kebenaran itu hendaklah luput.

(3) Tanpa menjejaskan kuasa-kuasa Mahkamah di bawah Aturan 6, notis itu, yang disertai dengan suatu salinan afidavit yang menyokong permohonan minta kebenaran di bawah kaedah 2 dan perintah yang memberikan kebenaran sedemikian, mestilah disampaikan ke diri orang yang diminta dikomitkan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.