N.S. P.U. 13/92 KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992
ATURAN 29 - KUASA HAKIM DAN PENDAFTAR
Kaedah 1. Kuasa Pendaftar.
Dalam mana-mana Mahkamah, Pendaftar dalam Kamar boleh-
(a) menangguhkan mana-mana prosiding;
(b) menetapkan tarikh perbicaraan mana-mana prosiding;
(c) mentadbirkan ikrar untuk afidavit dan menyelenggarakan bon;
(d) apabila cagaran diperintahkan diberi menentukan supaya ianya mencukupi dan memerlukan supaya penjamin membuktikannya;
(e) dengan persetujuan semua pihak memerintahkan penyatuan mana-mana prosiding;
(f) mengesahkan dan menandatangani saman, dan lain-lain dokumen yang bersangkut dengannya, sepina, penghakiman, perintah, waran, waran pelaksanaan atau pengkomitan dan apa-apa borang yang ditetapkan di bawah Aturan ini yang dikehendaki ditandatangani atau dikeluarkan oleh Pendaftar;
(g) menjalankan apa-apa tugas lain yang diperuntukkan di bawah Aturan ini.