N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 20 - PENGHAKIMAN DAN PERINTAH




Kaedah 12. Pendua bagi penghakiman dan perintah.

(1) Tidak kurang daripada 1 hari genap selepas penghakiman atau perintah telah difailkan suatu penduanya hendaklah dibekalkan oleh Pejabat Pendaftaran kepada mana-mana pihak dalam prosiding itu atas pembayaran fee yang ditetapkan.

(2) Pendua bagi sesuatu penghakiman atau perintah boleh merupakan salinan karbon kepada naskhah asal kecuali bahawa jika Pendaftar mengarahkan sedemikian, pendua bagi tiap-tiap penghakiman atau perintah daripada apa-apa kelas sebagaimana yang diarahkannya, hendaklah merupakan salinan fotograf atau salinan yang dihasilkan melalui litografi bertaip atau proses seumpamanya yang lain.

(3) Sebelum pendua bagi sesuatu penghakiman atau perintah dikeluarkan ia mestilah dimeteraikan dan mestilah dicatatkan padanya nombor penghakiman, tarikh catatan dan amaun apa-apa fee pada naskhah asalnya.

(4) Jika melalui mana-mana kaedah-kaedah ini atau mana-mana perintah Mahkamah penghakiman atau perintah asal dikehendaki dikemukakan atau disampaikan, maka adalah memadai untuk mengemukakan atau menyampaikan pendua itu.

(5) Pendua tambahan bagi sesuatu penghakiman atau perintah boleh, atas pembayaran fee yang ditetapkan, dikeluarkan jika Pendaftar berpuas hati bahawa pendua itu telah hilang dan bahawa pemohon bagi pendua tambahan itu adalah berhak kepadanya.

(6) Sesuatu penghakiman atau perintah tidak boleh dipinda kecuali atas pengemukaan penduanya yang terakhir sekali dikeluarkan dan jika penghakiman atau perintah itu dipinda, maka pendua yang dikeluarkan sedemikian hendaklah dipinda dengan seumpamanya, dan pindaan itu dimeteraikan di bawah arahan Pendaftar.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.