N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 6 - PENYAMPAIAN SAMAN ATAU PERMOHONAN




Kaedah 9. Kes khas.

(1) Penyampaian kepada mana-mana orang yang tidak berkeupayaan hendaklah dibuat kepada penjaga ad litemnya jika ada, atau kepada orang yang dengannya orang yang tidak berkeupayaan itu tinggal atau di bawah jagaannya.

(2) Penyampaian kepada seorang banduan di dalam penjara hendaklah dibuat kepada pegawai yang menjaga penjara itu yang hendaklah menyampaikan kepada banduan tersebut.

(3) Penyampaian kepada mana-mana anggota Angkatan Tentera adalah sempurna jika dibuat kepada pegawai pemerintah atau ajutan unitnya yang hendaklah menyampaikannya kepada anggota tersebut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.