N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 7 - PENYAMPAIAN DI LUAR BIDANG KUASA




Kaedah 4. Penyampaian di negeri lain dalam Malaysia.

(1) Mana-mana saman, permohonan atau dokumen untuk disampaikan di negeri-negeri lain dalam Malaysia bolehlah dihantar oleh Mahkamah kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rendah, Pendaftar atau mana-mana pegawai Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa dalam daerah di mana orang yang hendak disampaikan saman, permohonan atau dokumen itu berada menjalankan perniagaannya.

(2) Saman, permohonan atau dokumen untuk disampaikan itu boleh dihantar melalui pos atau sebaliknya dengan permohonan bertulis untuk penyampaian yang ditandatangani oleh Mahkamah atau Pendaftar.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.