N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 21 - PENGUATKUASAAN PENGHAKIMAN DAN PERINTAH




Kaedah 3. Penguatkuasaan penghakiman bagi penghantar serahan harta alih.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan kaedah-kaedah ini, sesuatu penghakiman atau perintah bagi menghantarserah apa-apa harta alih yang tidak memberi alternatif kepada seseorang yang terhadapnya penghakiman itu diberi atau perintah itu dibuat bagi membayar nilai tertaksir harta itu bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada cara-cara yang berikut, iaitu:
(2) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan kaedah-kaedah ini, sesuatu penghakiman atau perintah bagi menghantarserah apa-apa harta alih atau pembayaran nilai tertaksir harta itu bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada cara-cara yang berikut, iaitu:
(3) Sesuatu perintah penghantarserahan spesifik, dan sesuatu perintah penghantarserahan untuk mendapatkan kembali apa-apa harta alih atau nilai tertaksirnya, boleh dimasukkan peruntukan bagi penguatkuasaan pembayaran apa-apa wang yang dihakimkan atau diperintahkan supaya dibayar oleh penghakiman atau perintah yang hendak dikuatkuasakan oleh perintah itu.

(4) Sesuatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran nilai tertaksir apa-apa harta alih bolehlah dikuatkuasakan melalui cara yang sama seperti mana-mana penghakiman atau perintah lain bagi pembayaran wang.

(5) Sesuatu perintah penghantarserahan mestilah dibuat dalam Borang 26.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.