N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 21 - PENGUATKUASAAN PENGHAKIMAN DAN PERINTAH




Kaedah 2. Penguatkuasaan penghakiman bagi pemilikan harta tak alih.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan kaedah-kaedah ini, sesuatu penghakiman atau perintah bagi pemberian pemilikan harta tak alih bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada cara-cara yang berikut, iaitu-
(2) Suatu perintah pemilikan bagi menguatkuasakan sesuatu penghakiman atau perintah bagi pemberian pemilikan mana-mana harta tak alih tidak boleh dikeluarkan tanpa kebenaran Mahkamah.

(3) Kebenaran sedemikian tidak boleh diberikan melainkan jika telah ditunjukkan bahawa tiap-tiap orang yang mempunyai milikan sebenar akan keseluruhan atau mana-mana bahagian harta tak alih itu telah menerima notis prosiding itu sebagaimana yang didapati mencukupi oleh Mahkamah untuk membolehkannya memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan apa-apa relif yang dia mungkin berhak mendapatnya.

(4) Suatu perintah pemilikan boleh dimasukkan peruntukan bagi penguatkuasaan pembayaran apa-apa wang yang dihakimkan atau diperintahkan supaya dibayar oleh penghakiman atau perintah yang hendak dikuatkuasakan oleh perintah itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.