N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 6 - PENYAMPAIAN SAMAN ATAU PERMOHONAN




Kaedah 3. Cara penyampaian ke diri.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Aturan ini dan Aturan 7, penyampaian apa-apa saman atau permohonan hendaklah ke atas diri orang yang hendak disampaikan saman atau permohonan itu sendiri dan hendaklah dilaksanakan secara menyerahkan saman atau permohonan itu atau mengemukakannya untuk diperiksa dan menyerahkan salinannya sesudah itu. Suatu salinan yang mengandungi meterai Mahkamah dan tandatangan pegawai Mahkamah hendaklah bagi maksud itu disifatkan sebagai dokumen asal.

(2) Penyampaian tersebut hendaklah disempurnakan oleh seorang pegawai Mahkamah itu atau Mahkamah yang lain:

Dengan syarat bahawa dengan kebenaran Mahkamah penyampaian itu boleh disampaikan oleh mana-mana orang yang lain.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.