N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 19 - PERBICARAAN




Kaedah 12. Penghakiman dsb. yang diberikan semasa ketidak hadiran pihak boleh diketepikan.

(1) Apa-apa penghakiman atau perintah yang didapatkan apabila satu pihak tidak hadir pada masa perbicaraan boleh diketepikan oleh Mahkamah, atas permohonan pihak itu, mengikut apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya adil.

(2) Sesuatu permohonan di bawah kaedah ini mestilah dibuat dalam masa 14 hari selepas perbicaraan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.