N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 11 - SURAT GUAMAN (PLIDING)




Kaedah 12. Surat guaman; Kehendak-kehendak formal.

(1) Tiap-tiap surat guaman dalam sesuatu tindakan mestilah mengandungi pada muka depannya-
(2) Tiap-tiap surat guaman mestilah, jika perlu, dibahagikan kepada perenggan-perenggan yang dinomborkan berturutan, dengan setiap pengataan hendaklah terkandung setakat yang sesuai dalam perenggan yang berasingan.

(3) Tarikh, kira-kira dan nombor-nombor lain dalam surat guaman itu mestilah dinyatakan dengan angka dan tidak dengan perkataan.

(4) Tiap-tiap surat guaman, selain daripada pernyataan tuntutan yang diindorskan pada sesuatu saman daripada sesuatu pihak mestilah diindorskan-
(5) Tiap-tiap surat guaman daripada sesuatu pihak mestilah ditandatangani oleh Peguam Syarie pihak itu atau oleh pihak itu, jika dia mendakwa atau membela secara sendiri.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.