N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 13 - SULH, PENYELESAIAN DAN TARIK BALIK




Kaedah 2. Pemberhentian tindakan, dsb, tanpa kebenaran oleh plaintif atau defendan.

(1) Plaintif dalam sesuatu tindakan boleh, tanpa kebenaran Mahkamah, memberhentikan tindakan itu, atau menarik balik mana-mana tuntutan tertentu yang dibuat olehnya dalam tindakan itu, sebagai tindakan terhadap mana-mana atau kesemua defendan pada bila-bila masa tidak lewat daripada 7 hari selepas pembelaan disampaikan kepadanya atau, jika terdapat dua orang defendan atau lebih, 7 hari selepas pembelaan yang akhir sekali disampaikan, dengan menyampaikan suatu notis dalam Borang 17 yang bermaksud sedemikian kepada defendan yang berkenaan.

(2) Seseorang defendan boleh, tanpa kebenaran Mahkamah-
(3) Jika terdapat dua orang defendan atau lebih dalam sesuatu tindakan yang tidak kesemuanya menyampaikan pembelaan kepada plaintif, dan tempoh yang ditetapkan oleh atau di bawah kaedah-kaedah ini untuk penyampaian pembelaannya oleh mana-mana defendan itu tamat selepas tarikh terakhir yang mana-mana defendan lain menyampaikan pembelaannya, maka subkaedah (1) hendaklah berkuatkuasa seolah-olah sebutan di dalamnya mengenai penyampaian pembelaan yang akhir sekali disampaikan itu adalah sebutan mengenai tamatnya tempoh itu.

Subkaedah ini hendaklah terpakai berhubungan dengan tuntutan balas sebagaimana ia terpakai berhubungan dengan tindakan dengan menggantikan sebutan-sebutan mengenai pembelaan, plaintif dan subkaedah (1) masing-masingnya dengan sebutan-sebutan mengenai pembelaan kepada tuntutan balas, defendan dan subkaedah (2).

(4) Jika kesemua pihak dalam sesuatu tindakan bersetuju, maka tindakan itu boleh ditarik balik tanpa kebenaran Mahkamah pada bila-bila masa sebelum perbicaraan dengan mengemukakan kepada Pendaftar persetujuan bertulis untuk menarik balik tindakan itu yang telah ditandatangani oleh kesemua pihak itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.