N.S. P.U. 13/92
KAEDAH-KAEDAH PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1992

ATURAN 22 - PELAKSANAAN
Pelaksanaan Melalui Pengkomitan




Kaedah 28. Pengkomitan.

(1) Di dalam Aturan ini "penghutang penghakiman" termasuk seorang garnishee yang terhadapnya suatu perintah telah dibuat melalui saman garnishmen.

(2) Jika seorang penghutang penghakiman didapati bersalah kerana menghina Mahkamah di bawah peruntukan Aturan ini atau dengan sengaja enggan atau cuai mematuhi mana-mana perintah Mahkamah yang mengarahkannya membuat atau tidak membuat sesuatu perbuatan, pemiutang penghakiman boleh menyerah kepada Pendaftar dan Pendaftar boleh memeterai, menandatangani dan mengeluarkan suatu notis menunjukkan sebab dalam Borang 35 yang mengarahkan penghutang penghakiman supaya menunjukkan sebab-sebab mengapa ia tidak patut dipenjarakan. Notis yang demikian hendaklah menyatakan alasan-alasan permohonan itu dan hendaklah diserah ke atas diri penghutang penghakiman sekurang-kurangnya 2 hari genap sebelum prosiding itu. Pendaftar boleh dengan budibicaranya menghendaki alasan-alasan permohonan itu dibuktikan dengan afidavit.

(3) Mahkamah semasa mendengar notis tersebut boleh mendapat keterangan-keterangan yang ia fikir patut dan boleh memerintah penghutang penghakiman dikomitkan ke penjara sivil atau boleh mengenakan beliau syarat-syarat yang tertentu atau menerima darinya akujanji yang Mahkamah fikir patut.

(4) Pengkomitan di bawah kaedah ini tidak boleh disifatkan sebagai menyelesaikan hutang penghakiman atau mana-mana bahagiannya.

(5) Seorang yang telah dikomitkan di bawah Aturan ini boleh memohon untuk dibebaskan dengan membuktikan bahawa ia telah mematuhi perintah Mahkamah itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.